Mulakan dengan~

Mulakan dengan~

Monday, August 16, 2010

CONTEST AKU ANAK MALAYSIA

Salam Ramadhan Al-Mubarak  (,")(",)

Patriotikkah anda?
Jika ya, klik CONTEST AKU ANAK MALAYSIA untuk sertai ;)


Nukilan dari nur ;)

Kata orang negara itu tanah, air, angin, gunung, hutan, sungai dan lautan
Tapi sebenarnya,
Negara itu rumah,
Dan rakyat ahli keluarganya
Mungkin rumah kita ini sudah usang,
53 tahun usianya, dan ada yang bertanya
Apa perlunya diagungkan rumah yang usang?
Barangkali kita lupa,
Zaman kita dibodohkan oleh british,
Kata-kata manis, taburan janji,
kita dihina di tanah sendiri.
Mungkin juga kita lupa,
Pada kemarau yang dibawa
Dari terik matahari jepun.
Kita menjadi abdi ditanah sendiri,
Betapa peritnya bila difikirkan kembali.
Dan kita terlupa,
Setelah terbenam si matahari,
13 malam kita lalui,
Gelap gelita semuanya,
Yang kelihatan, hanya 3 butir bintang,
Dari sinaran itu, Seribu derita seribu bencana kita merasa,
Hanya dari 3 butir bintang…
Mungkin benar, rumah kita sudah usang,
Tapi dirumah usang inilah segala mimpi menjadi nyata,
jangan kita lupa,
Rumah usang ini dibina dari darah keringat,
Air mata dan derita.
Kata orang, melayu mudah lupa,
Tapi sebenarnya,
Melayu, Cina India,
Kita semua memang mudah lupa
HAYATILAH SAAT KEMERDEKAAN SELAGI HAYAT DIKANDUNG BADAN
(fuh..penat edit gamba ni..sori if ade kecacatan cela di situ ye ;) )
SITI NUR SHAZWANI BT MOHAMAD SHUKRI
PT 3162, PSN VENICE 9, DESA MANJUNG RAYA,
32040 SRI MANJUNG,PERAK


Semoga nur bertuah kali ini
AMIN YA RABBAL ALAMIN ;)

2 comments:

AdeQ MaNj@ said...

thanks nur sebab join contest ni..
Anda memang sangat berbakat & kreatif..
Nur orang ke 2 join contest ni..
Doa-doa la semoga Nur berjaya...
Tak semua orang boleh buat seperti anda...

Good Luck Dear.....

irwani said...

TQVM dear ;)

Post a Comment